REVIEW DRAMA HOTEL DEL LUNA

 

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni aku nak review K-drama yang baru aku habis tonton. Drama tu ialah Hotel Del Luna.

Hotel del Luna tidak seperti hotel biasa kerana ianya bukan untuk manusia. Hotel ini roh-roh orang mati je boleh nampak. Kalau manusia, hanya yang dijemput sahaja yang dapat jumpa hotel ini. Hotel del Luna ini adalah persinggahan roh-roh orang mati sebelum ke kehidupan selepas mati.

Kisahnya bermula apabila ayah Chan Seong diselamatkan dari kematian tapi untuk itu dia telah berjanji untuk memberikan anaknya kepada Man Wol (Lee Jie Eun) selepas 20 tahun dari kejadian itu kerana pada masa kejadian Chan Seong (Yeo Jin Goo) masih kecil.

Selepas kejadian itu Man Wol akan memberi hadiah birthday kepada Chan Seong setiap tahun. Setelah Chan Seong tamat pengajiannya dari Havard University, dia pulang ke Korea dan mencari kerja dalam bidang perhotelan. Kebetulan pula perjanjian ayah Chan Seong pun telah sampai waktunya dan Man Wol menghantar hadiah dan menjemput Chan Seong bekerja dengan Hotel Del Luna.

Pada hari pertama Chan Seong sampai ke hotel dia telah dikejutkan dengan hantu-hantu. Dia diberi pilihan untuk pulang atau terima kerja itu setelah diberitahu bakal kerja bersama hantu. Terjadi insiden Man Wol ditikam hantu dan Chan Seong pergi mendapatkan kenderaan untuk membawa Man Wol. Sebenarnya Man Wol tidak ada apa-apa pun. Man Wol berkata sebentar tadi dia memberi pilihan untuk pulang tapi Chan Seong tidak pulang, dan selepas ini jika Chan Seong lari dia akan dibunuh. Jadi Chan Seong telah terperangkap dan terpaksa kerja bersama hantu.

Setelah beberapa hari bekerja di hotel tersebut, Chan Seong dah tak takut hantu. Dan dia juga semakin rapat dengan Man Wol. Bermulanya rasa cinta antara mereka walaupun Man Wol tidak berterus-terang awalnya. 

Drama ini sebenarnya beberapa kali buat aku rasa sebak, sedih dan nak nangis. Jadi siapa yang suka genre macam ni memang patut tonton. Boleh tonton drama ini di Viu. Untuk hampa yang belum ada akaun Viu boleh install dengan link aku yer 🤭 Install the app and get 30 days free

https://viu.app.link/IU3lX6Lltab

Post a Comment

2 Comments

  1. Ok, kalau nak tengok crita yg blh buat ketawa + nangis + happy ending, tengok 'You are my destiny' lakonan Jang Hyuk & Jang Na-ra. Ready tisu! 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, 2 kali promote suruh Zumal tengok cerita tu. Ok boleh dipertimbangkan sebab baru je habis tengok zombie detective

      Delete