SEBENARNYA


Assalamualaikum dan hai semua. Apa yang sebenarnya tu yer? Gambar kat atas mungkin gambar terakhir pakai uniform tu sebab aku kini bukan seorang pengawal keselamatan lagi. Kerja sebulan ja lepas tu kena ot terus kaki jadi problem. Maklum la kerja 36 jam berturut-turut sampai krem kaki ni. Sat orang tu tak sihat, sat orang ni tak sihat, naik gila aku jadinya. Tapi aku tak menggila la masa tu. Ai baik je sampai setiap hari penghuni apartment tu bagi makanan. Alhamdulillah syukur sangat.

Selepas pulang dari 36 jam kerja tanpa tidur tu, aku nak panjat tangga rumah sendiri pun tak mampu lagi. Tapi aku gagahkan juga sampai ke pintu rumah aku. Alhamdulillah sampai. Sampai je bilik terus baring tak fikir bab nak mandi sebab kaki dah rasa lain macam. Sekarang pun sakit tu masih ada tapi bukan kerana kerja tu saja.

Setelah 3 hari MC aku minta berhenti sebab tak nak mengusutkan kepala boss nak susun jadual kerja. Lagi pun aku tau depa ada pekerja terlebih masa tu disebabkan ada satu apartment depa dah tak sambung kontrak sebab management bangunan tak bayar servis pengawal sampai 4 bulan. Hmmm. Bayangkan orang kerja tak dapat gaji sampai 4 bulan 😂 seram wei.

Setelah 5 hari berehat aku tak la duduk saja menanti kematian, tapi jadi runner untuk lalamove dan mr speedy pulak. Alhamdulillah la masih dapat rezeki kat situ. Rasa sihat boleh ambil kerja, rasa tak sihat duduk ja kat rumah.

Minggu berikutnya aku usha peluang kerja part time di FB, ada kerja packaging di kilang Rockwool. Sehari RM100 untuk 2 hari ja. Apply je terus dapat.


Kilang Rockwool ni dekat juga dengan rumah aku. First time nak kerja kilang kot. Aku sebelum pi kerja memang tak tau kilang tu buat apa. Rupanya depa proses batu-batu menjadi seperti kapas. Sorry tak ada gambar. Produk tu digunakan untuk membaluti paip-paip dalam industri oil and gas. Untuk elak paip-paip jadi panas, dan elak kebakaran. Selepas 2 hari kerja, company tu minta tambah sehari lagi kerja. Walaupun pun penat dan efek gatal-gatal satu badan aku suka juga kerja tu. 3 hari kerja dapat RM320. Syok gila aku jadinya. Selepas habis kerja tu aku rehat seminggu.


Selasa lepas aku grab lagi kerja packaging mainan. Kalau tengok depan tu ada kontena Tex kan. Kerja aku untuk kosongkan kontena tu dan packaging barang tu sampai siap sebelum pukul 6 petang. Alhamdulillah dalam pukul 4 kerja dah siap. Kerja senang tapi tiada rest. Penat sikit la tapi berbaloi untuk payment RM85 hari tu.

Sekarang aku fokus untuk kerja-kerja part time dan online ja. Harap-harap gaji kerja security tu cepat dapat.  



 

Post a Comment

4 Comments

  1. Selagi ada usaha, inshaAllah ada rezeki tu nanti.

    ReplyDelete
  2. usaha tu penting...kita usaha, kita mintak..insyaallah kita dapat..hey okey what 3 hari pon dapat income macam tu..teruskan..kerja mcm tu kita boleh adjust masa sendiri..terus tabah okay dan usaha.

    ReplyDelete