KEHIDUPAN BARU

 


Assalamualaikum dan salam ceria semua. Dan entri kali ni mungkin berbeza sikit dari biasa. Jom baca...

Aku bukan nak melukakan hati sesiapa. Walaupun aku seorang yang pendendam dan kekadang panas baran. 

Aku dah bermula bertapak dalam arena baru, kerjaya baru yang mungkin kalau ayah dan mama tahu mereka tak suka. Arwah tok wan pun tak berapa suka anak cucu kerja ni atau apa-apa kerja badan beruniform. Tapi aku terpaksa.

Memang mama dan ayah nak aku tinggal di Pagoh tapi Pagoh tu bukan taste aku. Aku biasa tinggal kawasan bandar, walaupun pada pandangan korang Perlis tu kampung tapi segalanya ada di sekitar rumah. Kemudahan macam-macam tak macam kampung ayah, nak pi bandar 30 minit. Dan sebab itu aku hijrah di Setia Alam. Sama macam Perlis, kawasan penuh kedai-kedai dan macam-macam kemudahan yang aku perlu. 

Kenapa tak duduk di Pulau Indah? Ya, kat sana ada rumah ayah dan kedai. Aku dah try urus kedai tu tahun lepas tapi tak menjadi. Lagi satu Pulau Indah terlalu kampung bagi aku. Aku tak boleh hidup dalam suasana tu. Nak ke bandar jem berbakul. 

Sekarang di Setia Alam walaupun urban tapi tak crowded sangat. Aku suka. Lagi pun aku tak nak bergantung lagi macam kehidupan aku yang dulu. Dulu aku banyak bergantung pada bantuan arwah tok wan serta mak sedara aku terutama mak cik. Kereta pun aku dapat percuma ja. Hmmm memang tak dinafikan ada yang jeles.

Lagi satu kerana tak nak adik-adik jeles dengan aku, aku nak hidup sendiri walaupun sekarang aku dah rasa ketenatan hidup ini. Ya la di Setia Alam ni aku kena menyewa. Selama ini aku tinggal di rumah pusaka tok wan, ya rumah tu untuk aku dan aku tak keluar duit sekupang pun dapat rumah dan kereta. 

Rumah ayah dan kedai ayah tu biarlah depa buat sewa untuk mereka dapat pendapatan dari aset tu. Aku pun target nak ubahsuai rumah di Perlis untuk buat sewa. Itu side income untuk aku. Sekarang aku buat sewa juga tapi untuk bilik je sebab rumah dalam keadaan tak terurus. Moga dengan kerja baru ini aku dapat kumpul fulus untuk baiki rumah. 

InsyaAllah aku akan jaga benda yang memang jadi hak aku. Semoga dipermudahkan segalanya. Tahun depan aku target rumah dapat dibaiki dan aku dapat buat rumah sewa. Aku akan menyewa di Setia Alam ni selagi mampu. Kalau tak mampu aku akan pindah ke hostel yang company provide untuk perkerjanya. Aku harap dengan plan ni aku akan hidup senang sikit. 

Untuk jangka panjang aku nak buka bisnes mini mart. Semoga ada sinar untuk aku mengubah kehidupan aku. Dan aku tak nak bergantung dengan sesiapa lagi. InsyaAllah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Gv pernah belajar kat perlis dan bagi GV perlis cukup semua ada. masa itu, goreng pisang satu seposen tahun 2002-2005. huhu. Cmner pun, GV doakan semoga dipermudahkan segala urusan mr zumal ya. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete