CINDERELLA AND FOUR KNIGHTS MEMOTIVASIKAN DIRI


Assalamualaikum dan hai semua. Sekarang aku asyik tenggelam timbul berblog. Tapi InsyaAllah akan aku teruskan berblog sebab minat membawang yang sangat tinggi 😂 Nanti aku blogwalking bila ada mood dan masa free.

Aku masih bekerja di Tesco, hari ni aku masuk syif petang jam 3.00 pm. Harap aku terus semangat nak bekerja dekat Tesco ni. Kumpul duit dan balik kampung buat bisnes sendiri.


Aku sebelum ni bersemangat tinggi untuk kerja sebab kawan baik aku kerja sekali. Tapi sekarang tinggal aku ja yang masih bertahan. Mungkin sejak aku tengok drama Cinderella and Four Knights baru-baru ni.

Drama Cinderella and Four Knights ni adalah drama Korea 16 episod. Drama yang mengisahkan seorang gadis bernama Ha-Won yang kehilangan ibunya dan tinggal bersama mak tiri yang dan adik tiri yang tak pernah ambil berat tentang dia. Ayahnya pula berkerja sebagai pemandu lori dan sekali-sekala ja ada di rumah. Ha-Won ni gigih buat kerja part time sehingga boleh kerja sampai 10 kerja dalam satu-satu masa untuk mengumpul duit untuk sambung belajar di kolej.

Ha-Won sampai terima kerja sebagai tunang upahan seorang cucu orang kaya terkenal. Bukan nak review penuh la. Tapi it yang buat aku semangat nak bekerja walaupun sakit sana sini. Aku faham itu hanya lakonan tapi itulah nilai positif yang aku nampak dan aku harap aku boleh buat macam tu. 

Kalau korang nak tengok boleh la tengok di viu. Ok la aku rest kejap sebelum start syif. Doakan aku sukses ya 🤗😌

Post a Comment

3 Comments

  1. jadi peminat korean series ya sekarang hehe

    minat membawang yang sangat tinggi huh.. lol haha

    ReplyDelete
  2. yay..keep kerja insyaAllah nanti dah boleh bukak bisness sniri

    ReplyDelete
  3. Akak dah tengok crita ni! Time mula2 mco dulu. Akak pun setuju dgn Zumal, crita2 ni blh mengurangkan stres. Tapi kekadang kalau kerja terlalu stressful, jgnkan tengok K-drama, nak makan pun x larat, hihihi.🤭

    ReplyDelete