PENNY PINCHER MOVIE REVIEW


Assalamualaikum dan hai semua. Pagi ni aku kembali bersiaran untuk review movie. Movie ni dah lama release dalam tahun 2011. Aku tengok sebab jalan cerita dia interesting dan lebih kurang macam hidup aku ja.

Movie ini mengisahkan tentang dua manusia berbeza cara hidupnya. Ji Woong (Song Joong Ki) seorang penganggur tapi seorang yang pemboros serta tak tahu manage duit dan Hong Sil (Han Ye Seul) seorang yang kuat bekerja dan sangat jimat berbelanja.

Ji Woong tiada kerja tapi lifestyle macam orang ada-ada, melepak, ride sana sini, clubing dan banyak la dia buang duit sampai akhirnya bilik sewa pun tak dapat bayar dan kena halau.

Hong Sil sebagai jirannya menawarkan bantuan untuk dapatkan Ji Woong kerja untuk dapat wang $5000 dalam masa 2 bulan. Dia juga tawarkan Ji Woong untuk tinggal di persekitaran rumah dia. Tinggal dalam khemah depan rumah Hong Sil.

Mereka berdua melakukan pelbagai kerja bersama. Tapi Ji Woong ni masih dengan lifestyle lama lepas tu spent untuk awek lagi. Nak tahu apa jadi dengan kehidupan Ji Woong dan Hong Sil? Nanti korang boleh tonton movie ni dekat viu yer.  

Install the app and get 30 days free

https://viu.app.link/IU3lX6Lltab

Post a Comment

2 Comments

  1. Which one yg 'lebih kurang mcm hidup' Zumal tu.... Ji Woong atau Hong Sil? Cuba tonton k-drama 'You are my destiny' pulak (Jang Hyuk/Jang Na-ra). Sedia tisu byk2.... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal ni penganggur macam Ji Woong 😂 nanti nak cari you are my destiny tu 😉

      Delete