OTTOMAN STORAGE BENCH REVIEW


Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni aku nak buat kelainan sikit. Apa yang lain? Nak review barang-barang yang aku beli. Maklum la nak buat complete makeover bilik belum mampu lagi. Aku beli barang sikit-sikit. Walaupun sikit tapi dah banyak juga la 😂

First produk aku nak review adalah Ottoman Storage Bench XL. Aku beli kat Shopee semasa 10.10 hari tu. Barang baru sampai tadi. Storage bench ni banyak disiarkan dalam Shopee tapi satu ja aku nak bagitau, hampa check komen pembeli, check saiz barang betul-betul. Ada yang gambar lain tapi hantar saiz lain.

Saiz storage bench aku beli ni ialah 76cm x 38cm x 38cm. Harga paling murah dalam pilihan local seller iaitu RM45.80 Harga time 10.10, nak murah tunggu 11.11 kot.


Saiz storage bench ni memang diakui besar. Boleh isi barang banyak juga. Rasa macam nak beli lagi satu nak buat meja pulak. Storage bench dikatakan dapat menampung beban sehingga 200kg. Orang saiz macam aku boleh duduk berdua atas ni. Aku bukan lasak pun, dah beli memang akan jaga elok-elok. Aku sangat berpuas-hati dengan produk ni. Nak beli boleh check link berikut https://shopee.com.my/product/34563123/1904968835?smtt=0.99141706-1603432790.9

Ok la jumpa lagi dalam lain siaran. Majulah covid-19 untuk negara, eh! Jaga diri elok-elok ya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Aiyoyo...this one akak suka sgt, tapi kos penghantaran ke Sabah tu bah, lebih mahal dr harga brg!🤦‍♀️ huhuhu!😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kos penghantaran mahal ye. Hmmm kena cari seller dekat Sabah nampaknya

      Delete