ANTARA BLOG, DIA, CINTA DAN AIR MATA



Assalamualaikum dan hai semua. Jumpa lagi kita dalam titipan merapu aku. Antara Blog, dia, cinta dan air mata. Boleh buat tajuk drama dah ni...

Kenapa aku pilih tajuk ni? Sebab aku nak cerita memang ada kena mengena dengan tajuk. Kalau hampa nak tau, aku ni kenal dua orang melalui blog pastu couple la konon. Bukan dalam satu masa la. Cinta jarak jauh.

Nama depa hampir sama dimulakan dengan N diikuti peekataan kedua H. Suratan atau kebetulan entah la. Sorang tu asal Pahang dan yang last tu Selangor. Blog ni dihasilkan kerana yang Selangor tu la.

Dua-dua depa ni aku kenal dari blog, nak suruh ajar buat blog, jumpa dan jatuh cinta. Senang sangat citer yer. Hmmm sebab orang terima aku pun apa lagi ON je la. Yang pertama tu kenal masa dia student UMT lagi. Bila kerja di KL baru start jumpa, keluar makan-makan dan jalan-jalan. Kenangan best jalan-jalan di Aquria KLCC. 

Setelah beberapa tahun menjalinkan cinta itu akhirnya dia minta putus katanya ayahnya tak izinkan sebab aku orang jauh. Sedih hoooi tapi aku terima dengan redha.

Kisah dengan orang Selangor, aku kenal masa dia masih student UPM. Yang ni lagi kerap jumpa dari yang dulu. Tapi bila aku dah balik Perlis, mesej pun jarang-jarang. Aku ni selalu ingat birthday dia tapi dia asyik lupa birthday aku. 

First keluar aku ingat kami pi solat jemaah kat Masjid UPM lepas tu pi makan ja. Ada juga lepas tu jumpa kat masjid juga sebab aku dari Perlis singgah solat dia mai ambik. Pastu jalan-jalan kat mall. Budak ni selalu juga gaduh dengan aku. Tapi aku senang dengan perwatakan dia. Sebab dia selalu bagi nasihat dan motivasi.

Tapi tahun ni paling jarang nak mesej dan tak jumpa pun. Maklum la pkp lama lagi pun dia memang tak ajak jumpa pun, maybe sebab dah ada orang lain kan.

Sampai birthday dia aku wish la. Dia baca wasap tapi tak balas. Selalu diaAdia excited mesej tanya nak bagi hadiah apa. Aku rasa hairan sebab dia makin pelik. Selepas 2 hari dia mesej tanya kabar dan tanya free tak bulan depan. Aku tak jangka yang aku bakal terima tu adalah jemputan kahwin dia dengan orang lain. Katanya tak sabar jumpa aku. Tapi untuk apa??? Pedih. Pedih sangat! 

Sekarang aku dah serik untuk bercinta lagi... Eh tunggu episod seterusnya yang tajuk hampir sama tapi jalan cerita berbeza...


Post a Comment

3 Comments

  1. pergh...drama sedih bro

    harap bertabah hadapi hidup ini.

    ReplyDelete
  2. KA pernah lalu. Hujungnya KA buat keputusan cari calon terus nikah. Alhamdulillah kekal sampai sekarang.

    ReplyDelete