ANTARA BLOG, DIA DAN KENA BLOK



Assalamualaikum dan hai semua. Seperti dijanjikan episod seterusnya tajuk hampir sama tapi jalan cerita berbeza.

Ok aku ada kenal manusia ni kerana blog juga. Mula-mula tak la rapat sebab just rakan online ja. Tahun lepas aku buat satu bisnes dan dia pun join sama. Join pun suruh aku bayar dulu. Dia janji lepas tu nak bayar (sekarang dah tahun lain tapi dia tak bayar pun)

Bila aku on bisnes ni, aku buat group tapi dia ni aku rasa bukan nak buat bisnes pun asyik nak jumpa lepas duk ajak aku couple. Aku jenis payah sikit bila ada jenis paksa pastu bagi syarat. Aku tak bercinta atas syarat.

Sebelum pkp hari tu group bisnes berpecah sebab aku tak boleh terima manusia jenis ada udang di sebalik kueyteow. Duk mengayat ja kerja tak buat. Lepas tu janji palsu. Larat ka aku nak jaga bisnes dia. Aku dah tolong bagi modal dulu, pastu buat la, ni semua nak harap aku. Aku banyak lagi ahli nak jaga. Lepas tu aku berpecah la sebab aku rimas orang macam dia. Tak tau beza bisnes dan perasaan.

Lepas aku duk minta hutang tak dapat-dapat aku blok ja budak tu. Geram gila aku ni. Dah la cakap besar tapi habuk pun tak ada...

Post a Comment

2 Comments

  1. inilah manusia suka mengambil peluang atas sebab tertentu..

    hubungan tidak akan kekal lama jika tidak ikhlas dan ada sesuatu yang dimahukan

    ReplyDelete