I-SINAR KWSP

Assalamualaikum dan hai semua. Bagaimana selepas korang duk membawang di laman sosial kwsp dan pm, ada yang dapat keluarkan kwsp lebih tak?

Walaupun aku ni tak ada pendapatan tetap dan pernah tak ada pendapatan langsung, pernah makan megi separuh sehari kerana megi tinggal tiga bungkus je untuk bertahan hidup dalam minggu tu tapi bab kwsp tu memang aku tak harap sebab memang aku jangka.

Sememangnya kwsp tu diwujudkan untuk menyara hidup semasa korang pencen nanti tapi korang kena faham ada lagi faktor kwsp diwujudkan iaitu modal untuk pusingan perbelanjaan kerajaan (sebenarnya negara) sebab tu la kerajaan wujudkan kwsp tu. Dan sebab itu juga diadakan umur untuk pengeluaran. Memang duit itu dipusing untuk bayar macam-macam selain dividen. Kalau tak mana nak datang duit tu kalau ianya tak diniagakan.

Jadi korang tak perlu nak bersedih la, kalau korang tukar kerajaan pun dia tetap akan putar ayat lepas dia sendiri tahu keadaan sebenar bila dapat perintah nanti. Aset memang banyak tapi itu nilainya bukan dalam cash. Kwsp pun tak jangka keadaan jadi gini kalau keadaan seperti biasa memang kwsp tak hadapi problem nak bayar kepada orang-orang sepatutnya terima duit (umur persaraan) Sekarang terlalu banyak pengeluaran sampai modal tak sempat nak pusing. Mungkin kena jual aset tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, jual bukan untung dan mungkin kwsp tu bakal tinggal sejarah.

Ok la aku pun akaun 2 cukup sampai bulan 1 saja. Kerja pun tak ada. Sewa rumah kena bayar, kereta pula rosak, memang serabut.

Jadi sama-sama la kita mohon i-sinar 😂 bermula 21 Disember 2020

Syarat-syarat i-sinar mengikut kategori



Semoga mereka yang memerlukan berjaya mohon i-sinar. Aku tergolong dalam kategori 1, syarat tak banyak. Semoga lulus la.

Post a Comment

2 Comments

  1. keep blogging ya, review product, google adsense.. mana tau boleh jana pendapatan kan....

    ReplyDelete