DUA PERSONALITI

 


Assalamualaikum dan hai semua. Lama aku tak menulis kan 🤭 Alhamdulillah masih bernyawa walaupun semalam 2 kes covid berada di blok kediaman aku dan 178 kes dilaporkan dalam radius 1 km dari rumah ni. Aku rasa selamat sebab aku jarang keluar dari pintu rumah untuk aktiviti luar. Cuma 2 hari sekali turun buang sampah dah ambil air dekat mesin penapis tu. Itulah kehidupan aku sekarang dekat Setia Alam ni setelah Cik Tam (kereta aku) tak hidup.

Hari ni aku nak membebel pasal diri aku. Aku memang suka bercerita tapi sekadar dalam tulisan. Kalau nak aku bercakap maybe aku akan bercakap dengan orang tertentu yang memang rapat. Kalau korang nak tahu, orang yang kenal aku ni akan anggap aku seorang yang sombong, aku seorang pemalu dan aku yang periang. Anggapan mereka tu berdasarkan situasi mereka jumpa aku dan kenal aku. Aku sendiri dapat rasai aku pelik. 

Ok kenapa aku kata aku pelik, ada setengah yang pernah jumpa aku akan anggap aku sombong tapi bila mereka cerita dekat orang lain macam tu ada yang tak percaya sebab aku dengan kawan dia dalam personaliti lain iaitu aku yang peramah dan periang. Aku pula kalau jumpa seseorang yang baru nak kenal aku akan ceritakan aku ni pemalu. Ya sejak dari aku rasa aku pemalu. Aku tak ada ramai kawan sebab aku tak tahu bersembang dan malu bersembang. Aku selalu bersendirian saja. Lebih dahsyat kalau orang tu perempuan, aku jadi takut 🤭 aku takut perempuan tau. Masa sekolah la. Kawan sekolah aku ramai juga jadi friend dekat FB aku, aku ni approve saja siapa pun, tapi bila terserempak dorang dekat mana-mana aku tak pernah tegur sebab aku tak cam dan aku tak pernah berborak dengan mereka masa sekolah dulu. Maybe dorang tu akan anggap aku ni sombong. Hahaha. 

Dalam hidup aku ni rasanya tak sampai 10 orang pun yang kenal aku yang periang tu. Dorang adalah yang paling rapat la. Ada juga dulu aku suka bercakap dengan orang tu tapi sekarang aku rasa macam nak jauh ja dari dia. Aku mula jadi renggang tak jadi seperti orang asing bila jumpa dia. Pelik eh.

Aku perasan macam something wrong dekat aku ni. Sejak aku membaca tentang Dissociative Identity Disorder, aku rasa aku pun mengalaminya. Tambah pula aku suka layan cerita yang berkaitan tu. Ada cerita yang diri dia dimasuki roh orang mati la, dirasuk hantu la. Bila keadaan dirasuk tu diri dia berbeza dari sebelumnya. Maybe ada yang jadi jahat tapi aku tak la jadi jahat cuma sikap yang berbeza ja. Jadi jangan takut kawan dengan aku sebab aku belum bunuh orang tau 😂🤭

Aku sekarang duk layan drama Korea, Oh My Ghost. Drama ini pun mengisahkan seseorang yang ada dua personaliti. Cuma aku ni ada 3 personaliti 😂🤭 Oklah cukup mengarut yang bukan-bukan. Aku just nak tulis dan nak luahkan apa yang aku rasa kat sini... Bye...

Post a Comment

4 Comments

  1. Tak perasan pula Kak Amie ini berapa personalitinya. Kalau dah ada beberapa personaliti, tentu tambah kompleks nak uruskan kehidupan kot. Yang penting, terimalah diri seadanya, aku adalah aku, insan kerdil di sisi-Nya.

    ReplyDelete