DESIGN MEJA KOPI PILIHAN


Assalamualaikum dan hai semua. Untuk entri kali ni aku nak share pelbagai design meja kopi untuk tatapan hampa semua. Baru-baru ni aku pun beli juga meja kopi satu macam kat atas tu tapi masih dalam perjalanan lagi. Sampai kot petang ni. Aku pilih paling kecik dan agak murah harganya. Kecik tu sebab bilih aku kecik je. Dah la baru ni aku dah letak meja tepi katil (tilam ja kot) Apa pun harap bilik aku tak semak la.

Ok meja kopi kini ada pelbagai design dalam pasaran. Boleh juga beli online macam aku just search meja kopi. Kalau dulu meja kopi confirm bentuknya empat segi dan mungkin ada bentuk bujur di penjuru. Design hampir sama ja.

Zaman dah berubah, pelbagai design dah mencuri perhatian peminat dekorasi. Kita perlu pilih meja kopi yang sesuai untuk keluasan ruang dan kegunaannya. Ye la kalau bujang macam aku tak perlu beli yang besar gedabak. Kau nak letak mug dengan piring kuih ja pun. (Dalam situasi nyata tak seskema tu pun) 

Jom tengok design meja kopi yang mencuri hati aku.








Semua design meja kopi ni aku jumpa di Shopee ja. Aku suka dua-dua design terakhir tu. Nampak menarik dan abstrak sikit mungkin hipster juga. Tapi aku tak beli la. Tunggu la aku renovate rumah dulu, nanti boleh fikir item apa nak letak.

Semoga perkongsian aku dapat memberi ilham hampa buat pilihan. Selamat berbelanja dan selamat mendeko yer.


Post a Comment

2 Comments

  1. Double meja marble (?) ( gambar second last ) nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis, berkenan juga tapi meja marble tu mahal gak 😂

      Delete