TIADA HARAPAN


Assalamualaikum dan hai semua. Di pagi Jumaat ni aku terdetik nak menulis. Hari tu aku cerita aku dapat kerja baru kan 🤭 Hmmm korang rasa aku kerja lama ke? Tahu tak aku cuma dapat kerja sehari saja. Itupun belum habis time kerja saraf-saraf aku dah buat pasal. Tapi Alhamdulillah aku buat jugak sampai tamat waktu kerja. Dapat gaji terus balik. Tiga hari aku jadi seorang OKU sementara. Bayangkan kerja 12 jam tapi dalam 7 jam tangan aku dah tak boleh pegang pemutar skrew, kaki kejang, sakit belakang dan pinggang. Nak balik pun risau sebab tangan tak mampu genggam stereng dah. Sampai blok kediaman, aku tak dapat langkah untuk naik ke tingkat 4. Teruknya aku! Aku tak tahu kenapa harus jadi begitu!

Bulan depan aku last dapat iLestari sebab suit epf akaun kedua tu dah habis. Kalau tak dapat iSinar, aku rasa perlu balik Perlis. Maybe korang hairan kenapa aku nak balik Perlis walaupun family aku kat Johor. Aku suka duduk sendiri tanpa ihsan keluarga. Lagi satu aku tak mahu orang nampak sakit aku terutama keluarga aku. Walaupun aku tetap menulis dan berkongsi di blog-blog aku. Keseronokan berkongsi hanya dengan tulisan 🤭

Lagi pun kalau aku duduk dengan keluarga selalu jadi stress sebab kampung aku kat Johor selalu jadi kunjungan saudara-mara. Bukan aku tak suka mereka tapi aku stress bila mula mereka bercerita, satu tentang berubat, satu tentang sana-sini ada kerja. Hmmm stress sebab mereka hanya tahu berkata-kata tapi mereka tidak pernah rasa menjadi aku. Mereka tidak berada 'dalam kasut aku'.

Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana walau tak mampu dapat kerja sesuai tapi aku ada rumah dan kereta yang tak perlu aku bayar bulan-bulan. Alhamdulillah la. Cuma aku perlu usaha untuk bayar kos maintenance ja. Itupun kekadang rasa tak dapat bayar 🤭

Korang tahu tak, aku ada rahsia besar ni 😂 aku drive kereta tanpa ada roadtax 🤭 perjalanan paling jauh Perlis ke Putrajaya dan kini aku di Setia Alam. Alhamdulillah masih selamat. Jangan report k 😂🤗 Nanti kalau balik Perlis, satu lagi perjalanan jarak jauh yang bakal aku tempuhi 🤭😎

Pasal kerja tu, orang kata ada benda menumpang aku atau aku kena buatan orang. Katanya orang yang buat tu tak nak aku hidup senang, misalnya kalau aku kerja, aku mungkin dah senang. Tapi bila aku start kerja, aku sakit. Ya, dah banyak kali jadi macam tu. Mungkin ya kot. Tapi siapa yang dengki sangat tu???
 

Post a Comment

4 Comments

  1. dengki dengki ni mmg amalan org kita kan , kenapa la suka sngt benda2 tu nth.. hmmm
    apa pun.. hopefully zumal sihat soon and boleh kerja dgn elok :(
    dugaan berat ni for zumal.... take care tau and drive carefully walau tadak roadtax k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Atie. Itupun sekadar andaian kawan zumal. InsyaAllah ok je

      Delete
  2. semoga selamat sampai dan dipermudahkan untuk zumal..
    i dont know what u going through but i can say its must be tough for u..pls know u're not alone..we all fighting our own battle. stay strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Itah. Alhamdulillah esok bermula kerja baru. Harap ok la

      Delete