Assalamualaikum dan hai semua. Hampir seluruh bakal berPKPB kan. Hmmm. Cuma ada kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang.
Untuk negeri lain aku tak pasti tapi untuk Perlis aku curiga tentang data dari sana. Walaupun aku bukanlah wartawan dan penyiasat tapi sejak aku dilahirkan di sana Perlis tak ubah seperti Korea Utara, hampa tak akan tau secara terperinci kalau hampa tak tinggal situ.
Apa maksud aku? Perlis ni maklumat dalamannya dijaga dari tersebar. Aku rasa kalau tersebar buruk padahnya kot. Kalau hampa tengok cerita gangster pun depa banyak slang utara kan? Cerita berdasarkan kisah-kisah sebenar tapi tak dihebohkan begitu nanti ada pulak yang takut.
Misalnya masalah air. Berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu Perlis selalu tak ada air macam Selangor? Berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu kualiti air di Perlis sama macam Kelantan? Aku rasa semua dengar berita yang indah ja. Sebagai orang Perlis aku tahu air tu kekadang merah dan aku tahu kekadang sampai seminggu paip tak keluar air.
Di Perlis ada laman telegram aduan awam. Memang tak seluruh rakyat Perlis ada dalam tu. Cuma dalam 3000 orang ja. Aku pun ada dalam tu ðŸ¤ðŸ˜‚
Setiap masalah depa akan mengadu kat dalam telegram tu. Aku rasa kalau rakyat Selangor ada laman macam tu mesti kena maki jer syarikat air tu. Tapi benda tu tak wujud untuk anda di Selangor 😂
Ini group telegram tu |
Ada orang Perlis sini https://t.me/AduanAwamPerlis Kalau depa jumpa entri aku ni mesti aku kena buru kot ðŸ¤
Antara gambar dari pelapor |
2 Comments
😂Hahaha... akak gelak betul baca post ni! "Perlis tak ubah seperti Korea Utara..."! Perlis mcm budak baik, x ada gossip & crita sensasi.😎
ReplyDeleteHehe tak sangka dia 'budak baik' 😂ðŸ¤
Delete