NORMA BARU PERLUKAN LEBIH PENDAPATAN


Assalamualaikum dan hai semua. Seperti mana hampa tahu sekarang kita perlu menjalani kehidupan dalam norma baru. Apa norma baru, kerap basuh tangan atau jaga kebersihan, jaga jarak dengan orang lain, pakai pelitup muka, jangan bersembang dengan jarak dekat. Banyak norma baru yang kita perlu praktik tapi pernah hampa tengok yang baru viral sebelum ni, budak sekolah pakai pelitup muka yang ada bekas jahitan, dan dah lusuh??? Tentu pernah kan???


Ya, norma baru ini perlukan kita ada bajet lebih untuk praktikkan norma-norma baru ini macam beli stok pelitup muka dan hand sanitizer. Orang kerap berpeluh macam aku memang kena ada banyak pelitup muka tapi kerja pun tak ada. Nak buat lagu mana kan??? 

Apa pun terpaksa jual apa-apa yang ada untuk beli pelitup muka dan hand sanitizer tu. Bila habis semua benda untuk dijual mungkin aku la mangsa seterusnya Covid-19 tu. Dah tak mampu nak ikut norma baru.

Lagi satu segala hutang tertunggak pun mai masa ni juga. Aku dah tak tahu nak kata apa lagi. Selagi kerja belum bermula selagi tu aku rasa sesak sampai bila-bila...

Kerja oh kerja. Lamanya nak tunggu bulan 9. Lagi pun aku tak tahu juga berapa income bila kerja nanti...

Post a Comment

2 Comments

  1. Doakan yang baik-baik sahaja. Semoga Zumal dimurahkan rezeki... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih...

      Delete