Tahukah hampa semua ada pengeluar jam tangan yang semakin popular dari negara China? Ya namanya SKMEI. SKMEI ni mengeluarkan pelbagai jenis jam tangan yang design agak cantik juga dan ada yang bentuk seakan-akan jam dari Jepun. Jam dari Jepun tu banyak juga keluaran klonnya. Nampak macam sebijik ori. Aku sendiri ada beberapa jenis jam copy ori Jepun tu. Putus je tali aku beli jam baru, bukan tali baru 🤠Tapi tak dinafikan copy pun bateri tahan lebih 2 tahun.
Berbalik kepada kisah SKMEI, jam ni ada dijual di pasaran Malaysia. Ada di kedai jam. Yang pastinya semua tu original sebab jamnya dah murah buat apa kita copy dan jual pula kan. Baik beli original terus. SKMEI ni jamnya juga tahan lasak lepas tu waterproof. Paling best harganya start dari 2 angka jer. RM20 ke atas. Harga ni kalau hampa beli online di PG Mall, Shopee atau Lazada. Kalau kat kedai jam harganya akan bertambah mahal. Sebabnya kedai jam tu agent bukan directly pengilang. Beli online direct pengilang sebab tu orang pilih online.
Fungsi jam tangan SKMEI juga pelbagai. Ada jenis jam pintar, jam sukan, jam kiblat, jam kompas dan macam-macam lagi. Hampa boleh usha nanti. Beli di official store SKMEI yer. Kalau bukan official store maybe lebih mahal harganya.
0 Comments