DIA SEDIH

 


Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Hari ni nak cerita bab ada orang tu rasa sedih aku tak pergi majlis dia. Patut ke dia sedih? Rasanya aku yang sangat sedih pada 8.8 tu.

Semalam dia wasap kata aku tak ada pun masa majlis dia. Aku tetap balas dengan alasan yang tak munasabah pun. Dia tak tau ke kalau aku ada masa tu di sana di hari dia duduk di pelamin dengan insan lain boleh buat banjir air mata ni.

Kenapa la awak tak faham? Awak tak dapat rasa ke apa yang saya rasa? Eh saya lak. Entah la kan. Aku tak sanggup tengok. Nanti nak cakap dengan dia pun mungkin sebak. Baik aku duduk rumah jer.

Hujung tahun ni ada lagi majlis yang boleh buat air mata aku mengalir juga. Crush nak kawen. Hahaha. Bengong la aku ni kan...

Post a Comment

2 Comments