SHRAA


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam.
Alhamdulillah hari ni dah sebulan aku ada berkorban untuk tinggal bersama housemate baru. Syukur ada orang nak duduk dengan aku kan. 

Kalau tahun lepas ada juga housemate tapi kerana tak sekepala dan dia tu memeningkan kepala aku jadi aku buat keputusan suruh dia keluar cara baik. Hampa percaya ke aku ni baik. Hahaha 🤭

Housemate baru aku ni pun sebaya aku tapi kat atas tu gambar aku la bukan housemate baru. Dia balik raya kat Terengganu. Aku raya sorang la. Kalau pi beraya nanti depa tanya bila lagi??? Jadi duk rumah tak perlu jawab soalan wartawan semua tu.

Sebelum mengakhirikan nukilan yang aku taip 3 hari lepas ni aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Ada orang baca ke? Nak kenal boleh pm tepi 🤣🤣🤣


Dah raya ni kalau hampa nak bagi duit raya boleh scan kat QR code Grab tu na. Tunggu e-wallet e-Penjana rasanya lambat lagi... Ok bye bye 👋

Post a Comment

0 Comments