PENCARIAN DEMI PENCARIAN

 


Assalamualaikum dan hai semua. Sepatutnya hari ni aku dah start kerja baru. Ya lagi baru. Hmmm. Bukan niat nak lompat2 macam katak tapi itulah terpaksa kerana faktor kesihatan, kewangan dan kenderaan. 

Minggu lepas aku dan Ijoy pergi interview kerja di Tesco, Alhamdulillah kami dapat kerja tu. Sepatutnya hari ni bermula kerja tapi manager call beritahu ubah kepada esok. Aku sebenarnya rasa lega jugak sebab banyak benda kena prepare sebelum pergi kerja. Kena ada dokumen itu ini dan paling sedih kena beli baju t-shirt putih semasa duit tengah tak ada. Bayangkan la tinggal RM 20 dalam poket lepas tu nak beli baju, print dokumen itu ini. Perit jugak aku rasa. Alhamdulillah tadi pergi jalan2 cari baju, ada jugak yang murah, tag harga RM19. Bila sampai kaunter dia scan rupanya ada diskaun lagi. Dapat la harga RM15. Ketat jugak la bajunya sebab tiada pilihan lain kat area berdekatan rumah aku ni. 

Kegigihan cari kerja ni aku terpaksa jual pelbagai barang peribadi. Alhamdulillah ada yang sudi beli. Rasa syukur sangat. Aku harap kerja ni dapat kekal beberapa bulan. Aku harap aku sihat. Harap kaki tak buat hal. Harap kereta tak buat hal lagi. Cukup la keperitan yang aku alami selama datang ke Setia Alam ni. 

Kalau boleh kerja tetap, satu hari nanti aku nak minta tukar balik kampung. Kerja kat sana maybe kos aku kurang sikit. Dulu pernah minta tapi tak pernah dapat. Kali ni aku rasa seronok sangat sebab dapat kerja aku minat 🤭 Esok pagi kerja baru bermula 💪

Post a Comment

4 Comments

  1. good luck for tomorrow!! have fun at work :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas baca pengalaman pekerja tesco rasa takut pulak nak esok. Apa pun terima kasih Atie ;)

      Delete
  2. all the best zumal
    baru tahu u dtg KL untuk kerja

    ReplyDelete
  3. Good luck... ko pindah kat Lembah Klang pulak ke... Harap segala urusan di permudahkan...

    ReplyDelete