DILEMA KERJA


Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni aku bakal memulakan tugas baru di company baru yang hanya seberang jalan dari rumah aku. Aku pun tak tahu berapa lama boleh bertahan, sehari, dua hari, tiga hari, seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan atau setahun, dua tahun. Rekod aku kerja paling lama pun 3 tahun tapi boleh kira 5 tahun sebab di bawah jabatan sama tapi berlainan tempat dan jawatan.

Aku tak pernah dapat jawatan tetap semuanya kontrak ja. Aku selalunya tak habis pun kontrak kerja sebab pelbagai tekanan di tempat kerja tu. Antara masalah aku hadapi dulu adalah masalah kesihatan, gangguan anasir luar yang mengganggu kerja dan jugak gangguan seksual. Bayangkan aku yang laki ni pun kena gangguan seksual inikan pula kalau perempuan buat kerja kan. Seram tau!

Ok la aku cerita sikit tentang perkara yang menjadi dilema masa aku kerja dulu. Masalah kesihatan tu macam aku cerita sebelum ni la, saraf yang buat kadang2 kaki aku sakit, tangan sakit. Selalu kalau kerja berat atau pun kerap kena naik turun tangga. Bab kerja berat ni aku sebenarnya tak disuruh pun buat sangat tapi aku jenis kesian tengok orang buat kerja jadi aku tolong last-last aku yang sakit. Aku ni pembantu kerani aset, jadi bila bab aset ni banyak la terlibat dengan urusan stok barang itu ini. Bila terlalu kerap jadi sakit la jugak. Aku check jugak pasai apa aku boleh sakit, sedangkan orang lain pun buat jugak tapi tak sakit. Doktor hanya kata pasal masalah saraf. Tapi ada orang lain kata ada orang nak jawatan aku tu. Hmmm entahlah kan.

Ok aku cerita bab anasir luar yang mengganggu kerja pulak. Aku ni ada kawan yang kerja situ, dan laki dia pun kawan aku jugak. Depa berdua tu memang banyak la tolong aku. Aku pun ada jugak la tolong depa tu sekadar aku boleh. Nak dijadikan punca kes, laki dia kuat cemburu. Aku ni dikerah jadi spy apa bini buat lepas tu aku kena hantar laporan. Mungkin sebab tu la aku suka tengok cerita penyiasatan. Dalam tak sedar aku jadi penyiasat. Tapi bila terlalu kerap call aku sampai aku tak boleh fokus kerja-kerja sampai aku rasa panas sangat dengan laki dia. Sat sat nak call tanya macam aku ni dibayar gaji sebagai penyiasat. Kerja lain nak buat pun payah. Bila dah terlalu kerap call, aku tengking terus laki dia dalam fon. Terkejut habis geng department tempat aku kerja. Maklum la aku tak pernah marah orang, tak pernah tinggi suara kat ofis tu. Mungkin time tu dah tak tahan sangat.

Tempat aku kerja ni ada stor yang jauh dari ofis jadi bila nak ambil barang atau ada barang sampai aku kena ke stor. Aku akan dibawa oleh pemandu ofis untuk ke stor tu. Pemandu dekat ofis aku ramai jugak tapi ada sorang tu aku takut dengan dia. Sebab??? Sebab tangan dia tak tau diam.  Sambil duk drive boleh dia raba sana sini. Rasa geli dan seram jugak. Aku ni sampai trauma kalau nampak dia. Aku tak boleh pilih pemandu mana yang aku nak, jadi kalau aku tengok hari tu dia yang free memang aku sanggup pergi sendiri dekat stor cuma kalau nak ambil barang memang terpaksa jugak guna kenderaan ofis dan pemandu. Aku tak berhenti kerana kes ini tapi kerana sebab kedua tu. 

Kemudian aku ditawarkan kerja sebagai penyelia sebuah pusat warga emas, kerja masih dengan jabatan yang sama. Dekat sebelah ofis baru aku ada pusat jagaan oku. Mulanya dekat sini tak ada masalah sangat. Aku selesa dengan warga emas dan pembantu aku walaupun depa berdua selalu suruh aku tolong punch card 😂🤭 Kisah bermula bila ada makan-makan kat ofis, aku invite jugak rakan-rakan sebelah ofis aku dan budak-budak yang depa jaga. Selalunya dah tak ramai budak yang ada sebab aku selalu ajak makan time kelas depa dah habis, jadi ramai dah balik. Cuma ada dalam sorang dua. Sorang budak laki ni suka sangat nak selfie dengan aku. Dia selalu sembang2 dengan aku. Satu hari tu dia minta nombor telefon, aku ni yang skema memang bagi ja nombor betul. Hampir setiap hari dia duk call aku. Mula duk panggil aku cikgu lepas tu duk panggil sayang pulak. Apa kes budak ni! Bila dah kerap sangat aku pun block ja la.

Satu hari aku baru lepas meeting kat ofis. Aku ni terlelap dekat meja meeting tu. Pembantu aku tak ada kat situ. Maybe depa keluar atau ada kat bilik ofis. Aku tak tau macam mana boleh lupa kunci pintu tanpa aku sedar budak tu masuk. Aku terjaga bila rasa ada orang duk raba-raba muka dan badan aku. Terkejut aku tengok dia depan aku. Dia pun terkejut dan lari balik. Aku terus kunci pintu. Tu la pengalaman seram aku dalam bekerja. Harap tak ada la lagi lepas ni 🤭 Pembantu-pembantu aku sikit punya cun, dia tak kacau pulak. Nak laki jugak. Start dari hari tu aku datang kerja macam pencuri ja, terhendap-hendap sebelum sampai pintu ofis. Nak buka pintu pulak banyak gila kunci nak buka. Hissh seram...

Post a Comment

4 Comments

  1. oh no!! kenapa ehhh.. ada quality sikap mcm tu ka? sampai ada yg salah erti ! bahaya ni ! cepat kwen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, nak kwen pun tak dak sapa nak 😂😌

      Delete
  2. macam tu rupanya
    gangguan seksual di alam kerja
    ingat perempuan je yg kena, tak tau pula ada lelaki yg kena

    ReplyDelete
  3. Apa khabar Zumal? Masi kerja dkt tpt yg sama? Kalau perkara2 seram tu masi berlaku, tangkap video & lapor. Jgn tunggu lama2... ;)

    ReplyDelete