KERJA BARU

 


Assalamualaikum dan hai semua. Semalam aku dan Ijoy pergi interview kerja. Kami keluar sebelum pukul 7 pagi takut jem. Kami berdua naik grab ja sebab bateri kereta aku kong. Kereta tu asyik minta duit ja tau. Kami book grab dan sampai lokasi sebelum pukul 7.30 pagi. Jalan terlalu lancar, sampai cepat jadi kami termenung ja depan pagar kilang tu.

Tepat pukul 8 sampai dekat tempat nak interview tapi tak mula-mula interview tu. Dekat pukul 9 baru start. Tak interview sangat pun. Aku ja dapat kerja tu. Kesian Ijoy tak terpilih. Aku harap dia dapat kerja lagi bagus. Aamiin.

Aku diterima kerja dan bermula kerja Isnin ini di sebuah kilang di Shah Alam. Rasa macam jauh jugak tapi itu ja peluang yang aku jumpa masa ini. Aku pilih gaji hari sebab duit tak ada dah. KWSP yang dapat pun bayar duit rumah dan baiki kereta ja. Bila pilih gaji hari, aku tak dapat benefit banyak la. KWSP pun tak ada. Tapi apa kan daya. Terpaksa. 

Aku harap dapat kerja lama di situ. Kalau dapat kumpul modal banyak nak balik kampung tanam anggur semula la. Kehidupan di kampung lebih selesa untuk aku. Tapi kalau aku dah mula selesa kat sini, aku stay. Aku sebenarnya lari ke sini dari 👽 Risau kalau duk Perlis tu...

Post a Comment

6 Comments

  1. hopefully kerja tu dpt bantu apa yg patot sebelom dpt kerja baru yg lebih sesuai

    ReplyDelete
  2. may Allah ease up your journey zumal and stay strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Itah, sebenarnya zumal dah tak kuat. Stress manjang

      Delete
  3. Alhamdulillah. Syukur sangat. Mudah-mudahan Allah terus bukakan pintu rezeki yang lebih luas.

    ReplyDelete