AKU LARI RUMAH


Assalamualaikum dan hai semua. Jumpa lagi kita. Aku tak boleh fokus dengan blog sejak akhir2 ni. Tapi setelah aku berjaya lari dari Perlis ke Setia Alam, InsyaAllah segalanya akan bermula semula.

31 Ogos lalu aku telah melakukan perjalanan malam konvoi dengan kawan yang juga pindah dari Perlis. Dia pindah Putrajaya dan aku kat Setia Alam.

Dalam hidup aku, inilah kali pertama aku pindah tak terlibat dengan family. Dan ini kali pertama aku menyewa. Maklum la selama ni selesa je duduk rumah free. Alhamdulillah. Rumah kat Perlis tu aku sewakan dan aku menyewa. Pelik tapi benar. Nak cuba bina kerjaya baru dan hidup baru.



Inilah bilik baru aku kat Setia Alam. Gambar ini kiranya sebelum aku sapu sampah lagi. Ada sampah tersorok belakang pintu tu. Alhamdulillah bilik ni comel. Aku memang suka yang comel-comel tak penat nak jaga.

Nanti aku akan share makeover bilik aku kat sini. Dalam bilik ni hanya ada lampu, tilam dan almari. Jadi aku perlu lakukan penambahbaikan untuk tinggal selesa kat sini.

Nanti aku nak beli kipas, cadar, meja sisi, langsir, extension wayar, almari kecil dan hiasan-hiasan kecil. Tunggu next entri aku share gambar selepas makeover bilik yer. Tapi entri bukan dalam terdekat la...




 

Post a Comment

4 Comments

  1. wow wow lari umaaa..hahaha..eh blog baru ke..xtau pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Nad, zumal lari rumah dah. Blog banyak tak tau nak fokus yang mana

      Delete
  2. Beli carpet jugak Zumal.Kat shopee ada carpet harga rm40 je.

    ReplyDelete